Ahad Oktober 17, 2010
Orang Sebelah Sana Tidak Boleh Diharap - Najib
PUTRAJAYA: UMNO yang menerajui pemerintahan negara merupakan parti yang boleh menentukan kesejahteraan rakyat, keharmonian negara dan kejayaan negara Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tidak ada orang lain yang boleh diharapkan untuk melaksanakannya," kata beliau.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata parti alternatif atau dengan jolokan "orang sebelah sana", tidak boleh diharapkan.
"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan? Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana."
Berucap pada Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana di sini hari ini, Perdana Menteri menyatakan rasa hairannya mengapa masih ada pesara dan penjawat awam yang menyokong "orang sebelah sana" itu.
"Kena tengok sikit.. tak betul ni. Mungkin sebab marah pada nyamuk seekor, kelambu dibakar. Ini tidak betul sepatutnya pegawai kerajaan lebih tahu berfikir dan rasional bahawasanya hanya UMNO sahaja boleh menentukan survival kita."
"Yang lain tak boleh..tak boleh. Lihat sahaja mesyuarat (pemilihan) mereka sekarang. Libang libu. Berlaku macam-macam. Benjol, terseliuh, patah tangan," kata beliau.
Najib berkata, hakikatnya tidak ada gabungan dalam parti "orang sebelah sana" itu.
"Akadnya berasingan dan ianya hanya sandiwara politik sahaja kerana hendak sangat duduk di sini...hendak duduk jadi penghuni Kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. (Kerana itu ia) sanggup melakukan apa saja, menggadaikan maruah kepentingan bangsa asalkan dapat duduk di sini."
"Apakah ini? Ini adalah akibat kerana hendak sangat. Ia bahaya kalau hendak sangat ni. Bila pertimbangan tidak rasional inilah jadinya."
-BERNAMA
warjar kah PM bercakap macam tu..... sombong macam syitan!!!!
Tafsir Al-Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment