Tafsir Al-Quran

Listen to Quran

Wednesday, December 22, 2010

penduduk malaysia kini berjumlah 27,565,821

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.

Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.

Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.

"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.

Sunday, December 19, 2010

"10 Perubahan Dalam 100 Hari Janji Pakatan Rakyat Jika Menang PRU Ke-13"

Konvensyen Pakatan Rakyat semalam mengemukakan Program 100 Hari yang akan dilaksanakan jika gabungan itu berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Program itu yang mempunyai sembilan perkara adalah janji pakatan rakyat untuk melaksanakan reformasi menyeluruh aspek pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan berdasarkan kepada prinsip digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Sebagai permulaan kepada reformasi itu, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu," kata pakatan itu dalam buku kecil bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia! yang diedarkan sempena konvensyen di Dewan Milenium di sini, semalam.

Antara Program 100 Hari Pakatan Rakyat itu ialah:

1. Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);
3. Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;
8. Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.


Mengulas Program 100 Hari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia adalah komitmen pakatan pembangkang terhadap perkara yang bakal dilakukan selepas mengambilalih kerajaan.

“Ini adalah jaminan yang akan dilakukan oleh pakatan dalam masa 100 hari jika menang pada PRU Ke-13," katanya.

Sumber:Berita Harian

Wednesday, December 8, 2010

gaji dan elaun menteri malaysia.

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

aji Menteri Besar, Exco, dan ADUN

Gaji dan allowances untuk Menteri Besar, Exco, ADUN

Gaji PM, Menteri kabinet dan MP adalah dibawah peruntukan kerajaan persekutuan, tapi untuk MB, exco negeri, etc pula adalah dibawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan).

Ni contoh gaji MB dan exco di sebuah negeri.

Menteri Besar - RM14,175.15
Anggota Exco kerajaan negeri - RM6,109.29
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) - M4,112.79


bestnya....