Tafsir Al-Quran

Listen to Quran

Wednesday, December 22, 2010

penduduk malaysia kini berjumlah 27,565,821

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.

Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.

Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.

"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.

Sunday, December 19, 2010

"10 Perubahan Dalam 100 Hari Janji Pakatan Rakyat Jika Menang PRU Ke-13"

Konvensyen Pakatan Rakyat semalam mengemukakan Program 100 Hari yang akan dilaksanakan jika gabungan itu berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Program itu yang mempunyai sembilan perkara adalah janji pakatan rakyat untuk melaksanakan reformasi menyeluruh aspek pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan berdasarkan kepada prinsip digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Sebagai permulaan kepada reformasi itu, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu," kata pakatan itu dalam buku kecil bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia! yang diedarkan sempena konvensyen di Dewan Milenium di sini, semalam.

Antara Program 100 Hari Pakatan Rakyat itu ialah:

1. Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);
3. Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;
8. Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.


Mengulas Program 100 Hari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia adalah komitmen pakatan pembangkang terhadap perkara yang bakal dilakukan selepas mengambilalih kerajaan.

“Ini adalah jaminan yang akan dilakukan oleh pakatan dalam masa 100 hari jika menang pada PRU Ke-13," katanya.

Sumber:Berita Harian

Wednesday, December 8, 2010

gaji dan elaun menteri malaysia.

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

aji Menteri Besar, Exco, dan ADUN

Gaji dan allowances untuk Menteri Besar, Exco, ADUN

Gaji PM, Menteri kabinet dan MP adalah dibawah peruntukan kerajaan persekutuan, tapi untuk MB, exco negeri, etc pula adalah dibawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan).

Ni contoh gaji MB dan exco di sebuah negeri.

Menteri Besar - RM14,175.15
Anggota Exco kerajaan negeri - RM6,109.29
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) - M4,112.79


bestnya....

Friday, November 12, 2010

GAJI /ELAUN RAJA-RAJA MELAYU.

GAJI /ELAUN RAJA-RAJA MELAYU.

Malaysia adalah sebuah negara di dunia yang paling banyak sultan. Dikebanyakan negara disebelah Asia Pasifik seperti Thailand yang masih ada lagi kekal dengan Raja iaitu King Bhumibol Adulyadej termasuk Negara Brunei iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah . Tetapi hanya satu Raja bagi sesebuah negara. Di Indonesia dahulu ada sultan tetapi rakyat memberontak dan jadilah sebuah republik Indonesia.

Kebanyakan sultan-sultan di Malaysia adalah berasal dari Indonesia. Hanya Sultan Kedah yang berasal dari sebelah utara Asia Tenggara iaitu daripada keturunan Raja Suran. Maaf jika tersilap kenyataan ini. Maklumlah penulis lemah dalam subjek sejarah.

Walaupun kita masih mengekalkan institusi raja sebagai payung kepada rakyat. Adakah institusi ini akan terus bertahan dan berkekalan pada masa akan datang? Jika tidak, suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah republik. Kita akan memilih seorang presiden dari rakyat biasa sebagai pemerintah yang mutlak mengantikan Yang Dipertuan Agong. Apabila terjadi, maka adakah bangsa melayu akan hilang identitinya sendiri?

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880.

1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.

1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)

Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.



Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000

Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:

Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
Anak-anak Sultan – RM1,000

Wasallam.

Friday, October 29, 2010

10 Perkara Membatalkan Syahadah

10 Perkara Membatalkan Syahadah
Secara dasar utama terdapat sepuluh hal yang boleh membatalkan keislaman seseorang.

1. Syirik; (Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

Syirik membawa maksud ‘menyamakan selain-NYA dengan Allah dalam hal-hal yang menjadi kekhususan Allah
Lantaran syirik adalah batil yang paling batil, kezaliman yang paling zalim, maksiat yang paling keji kerana menyamakan makhluk yang bersifat pinjaman dan lemah dengan Khaliq yang maha sempurna dari segala sisi.

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan ) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun” (Al-Maa-idah:72)

2. Menjadikan makhluk tertentu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah; Umpamanya berdoa/memohon syafaat serta bertawakal kepada perantara tersebut. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Berwaspadalah kita dengan hal yang kedua ini. Para ulama bersepakat bahawa hal sedemikian disebut kekufuran. Amatlah bahaya bagi umat Islam yang kekurangan pengetahuan rendah. Seperti meyakini bomoh, meyakini sesama makhluk. Kita dituntut berikhtiar tetapi tidak boleh memutuskan terhadap konsep tauhid. Manusia sendiri terbatas dan yang mengizinkan dan menyembuhkan tetaplah Allah yang maha berkuasa.

Antara Allah dan makhluknya tidak ada perantara, sebab itulah kita boleh sahaja terus berdoa memohon kepadaNYA. Ingatlah barangsiapa yang mengadakan perantara antara dirinya dengan Allah dalam memperoleh manafaat dan menolak mudharat; baik perantara itu berupa malaikat, nabi, kuburan, mahupun yang lainnya, mempersembahkan sembelihan, bertawakal kepada selain-NYA, maka telah jatuh kepada kufur.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik. Begitu pula meragukan kekafiran mereka atau membenarkan pendapat mereka, barangsiapa yang melakukan hal tersebut maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Keislaman seseorang tidak sempurna selama mana dia belum mengkafirkan orang-orang musyrik. Jika ragu dan bimbang atau berkata ”Tidak ada masalah dengan mereka” setelah adanya kejelasan mengenai kekafiran mereka, maka dia termasuk kafir seperti mereka.

Masalah ini kurang diambil perhatian oleh kebanyakan orang yang mengaku bersyahadah. Ada yang terjerumus tanpa disedari. Ada yang tidak mengkafirkan orang yang terjerumus ke dalamnya sehingga dia menjadi sama sepertinya, jika telah dikemukakan hujah kepadanya.

Termasuk kategori membenarkan pendapat mereka, setiap orang yang menilai baik sesuatu yang bertentangan dengan Islam, baik dari Yahudi, Nasrani, Sosialisme, Sekularisme, mahupun kelompok kafir dan sesat lainnya.

4. Berkeyakinan bahawa selain petunjuk Allah melalui Rasulullah saw adalah lebih sempurna. Atau hukum selain hukum Allah lebih baik. Contohnya adalah orang yang lebih mengutamakan hukum taghut daripada hukum yang allah tetapkan maka dia adalah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Perhatikan dan kaji apa yang menimpa orang-orang yang menolak hukum Allah dan Rasul-NYA. Memilih hukum buatan manusia yang penuh kekurangan, segalanya tidak dapat memberi manafaat kepada sirinya sendiri apalagi orang lain, dan tidak juga boleh mencegah mudharat, musibah, siksaan, kekacauan, kezaliman dan ketidakamanan.

5. Membenci sesuatu yang dibawa Rasulullah saw sekalipun dia mengamalkannya. Barangsiapa yang melakukan maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Keadaan ini termasuk dalam satu kemunafikan i’tiqadi (keyakinan). Barangsiapa membenci sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah saw, apalagi membenci Al-Quran, misalnya membenci amal maaruf nahi mungkar, atau membenci orang yang menegakkannya ataupun yang lain yang diperintahkan di dalam Al-Quran dan Hadith, maka dia telah kafir.


6. Mengolok-olok sesuatu dari ajaran Rasulullah saw, pahala atau azab Allah. Orang yang melakukan ini dihukum kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


” Katakanlah ”Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYA, RasulNYA kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu beralasan (minta maaf) kerana kamu telah kafir sesudah beriman..” ( At-Taubah: 65-66)

Melalui Fathul Majiid; Abdurrahman Bin Hasan merakamkan ”Orang yang bercanda dengan hal itu (sesuatu yang disebutkan di dalamnya nama Allah, al-Quran, Rasulullah saw), maka dia telah kafir.

Jangan sekali-kali meremehkan atau membuat bahan lawak atau bergurau dengan apa yang telah menjadi ketetapan Allah dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.



7. Sihir. Di antaranya adalah ash-sharf (guna-guna untuk memalingkan seseorang dari sesuatu) dan al-’athf (guna-guna untuk menarik sesuatu). Barang siapa yang melakukan hal tersebut atau menyetujuinya, maka dia telah kafir. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Dalam bahasa Arab sihir disebut as-sihr, sifatnya terjadi secara rahsia (sembunyi-sembunyi) pada akhir malam.
Ash-sharf – memalingkan seseorang dari apa yang dicintainya.
Al-Athf – berusaha menarik hati seseorang mencintai sesuatu dengan cara syaitan.

Apa pun kaedah yang digunakan dalam kehidupan selama mana menggunakan unsur sihir maka akan membatalkan akidah.

”Dan mereka itu (para tukang sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah (Al-Baqarah; 102)

8. Memberi sokongan dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Siapa sahaja di kalangan orang yang bersyahadah memberi bantuan dan sokongan kepada kaum musyrik untuk melawan kaum muslimin, maka dia telah kafir. Lazimnya lahir dari kemunafikan iaitu lahiriahnya nampak baik, batinnya sangat buruk atau dari orang yang tidak memahami agama dengan sebaik-baiknya.
Justeru timbul di dalam hatinya kedengkian dan permusuhan terhadap kaum muslimin serta kecintaan kepada musuh-musuh Islam.

Hal ini tidak akan terjadi kepada seorang mukmin yang memiliki iman, ilmu, dan kecintaan kepada Islam.

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian orang boleh tidak mengikuti syariat Muhammad saw. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Meyakini perkara di atas, atau sudah tidak memerlukannya lagi atau menyarankan untuk keluar darinya, maka jelas keislaman telah terlepas dari dirinya.

Hal demikian banyak berlaku kepada sufi ekstrim dan yang seangkatan dengannya. Terpedaya dengan tipu muslihat syaitan, yang mana menganggap diri telah sampai kepada tahap ilmu dan ma’rifat untuk keluar dari syariat sehingga semua kewajipan telah gugur darinya. Perbuatan ini jelas kufur dan terkeluara dari ajaran Islam.

Ingatlah kita semua tidak akan lebih daripada Rasulullah saw. Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam kitab ”Wasiat Kerohanian’ ; ”apa yang diharamkan ke atas Muhammad saw maka haramlah ke atas kami, apa yang dihalalkan ke atas Muhammad saw maka halallah ke atas kami kerana kami tidak akan lebih mulia daripada Muhammad saw”

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mahu mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Rabbnya, kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdoa” (As-Sajdah;22)

Yang dimaksudkan berpaling dari agama Allah ialah menolak hal-hal yang wajib bagi setiap orang untuk mempelajari dan mengamalkannya, iaitu mengetahui ushuluddin (poko-pokok agama) dan hal-hal yang harus diketahui oleh setiap muslim.

Banyak orang-orang yang menolak mempelajari hal-hal seputar agama yang diwajibkan bagi mereka dan mengamalkannya, baik secara lahir dan batin. Akibatnya ada yang terjerumus ke dalam syirik besar, kekufuran, kemunafikan, bahkan ditambah dengan hal-hal haram lainnya, sementara dia tidak menyedarinya.

Akhirnya sentiasalah memohon hidayah dan keselamatan di dunia dan akhirat kepada Allah swt bagi diri kita sendiri, keluarga, saudara-saudara, sahabat-sahabat dan semua kaum muslimin. Sesungguhnya kita semua tiada daya dan upaya melainkan segalanya atas keizinanNYA dan hanya milik Allah Yang maha tinggi lagi maha agung.

Monday, October 25, 2010

Sampai bila bahasa Inggeris diagung-agungkan...

Selasa, 2010 Oktober 26.

Hinakah belajar dalam bahasa Melayu?, bertutur dalam bahasa Melayu?, berurusan bisnes dalam bahasa Melayu?..., maka harus di ambil bahasa penjajah untuk dijadikan keutamaan. Biarlah bahasa sendiri berdaulat sebagaimana negara-negara maju amalkan. Jepun, Jerman, Peranchis, China, Korea...semua menggunakan bahasa ibunda. Mereka maju, jauh lebih maju dari kita yang terhegeh-hegeh memuliakan bahasa yang pernah menjajah kita. Pergilah kemana pun terasa elit skit dah begitu berbangga dengan bahasa Inggeris yang fasih...terasa begitu hina bila berbahasa Melayu..
Berita semalam memaparkan TPM Tan Sri Muhyiddin berkata akan mengambil ramai pakar-pakar bahasa Inggeris untuk memantau pengajaran bahasa Inggeris khususnya untuk pelajar tahun satu sekolah rendah di seluruh negara. Adoi...sampai begitu sekali...bukan murah tu...duit negara, duit rakyat yang membayar cukai. TPM berkata lagi bahawa pengambilan pakar itu amat penting bagi pendidikan negara memandangkan usaha perlu diteruskan untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris

.. Seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil bekerja untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah bagi merealisasikan pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.(berapa kosnya setahun?...)

Saturday, October 16, 2010

…..ANGKUHNYA PM 1 MALAYSIA……

Ahad Oktober 17, 2010
Orang Sebelah Sana Tidak Boleh Diharap - Najib
PUTRAJAYA: UMNO yang menerajui pemerintahan negara merupakan parti yang boleh menentukan kesejahteraan rakyat, keharmonian negara dan kejayaan negara Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tidak ada orang lain yang boleh diharapkan untuk melaksanakannya," kata beliau.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata parti alternatif atau dengan jolokan "orang sebelah sana", tidak boleh diharapkan.
"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan? Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana."
Berucap pada Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana di sini hari ini, Perdana Menteri menyatakan rasa hairannya mengapa masih ada pesara dan penjawat awam yang menyokong "orang sebelah sana" itu.
"Kena tengok sikit.. tak betul ni. Mungkin sebab marah pada nyamuk seekor, kelambu dibakar. Ini tidak betul sepatutnya pegawai kerajaan lebih tahu berfikir dan rasional bahawasanya hanya UMNO sahaja boleh menentukan survival kita."
"Yang lain tak boleh..tak boleh. Lihat sahaja mesyuarat (pemilihan) mereka sekarang. Libang libu. Berlaku macam-macam. Benjol, terseliuh, patah tangan," kata beliau.
Najib berkata, hakikatnya tidak ada gabungan dalam parti "orang sebelah sana" itu.
"Akadnya berasingan dan ianya hanya sandiwara politik sahaja kerana hendak sangat duduk di sini...hendak duduk jadi penghuni Kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. (Kerana itu ia) sanggup melakukan apa saja, menggadaikan maruah kepentingan bangsa asalkan dapat duduk di sini."
"Apakah ini? Ini adalah akibat kerana hendak sangat. Ia bahaya kalau hendak sangat ni. Bila pertimbangan tidak rasional inilah jadinya."
-BERNAMA




warjar kah PM bercakap macam tu..... sombong macam syitan!!!!

Monday, May 3, 2010

Dunia Hanya Sementara .

Hadith :

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
(al-Bukhari)
Huraian:

1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang-lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.

2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aku tujukan soalan ini kepada semua umat islam di Malaysia adakah kita hayati maksud di atas ?kepada pemimpin merekalah yang harus memulakanya. Marilah kita berjuang ke jalan yang di redda oleh allah swt. Semoga kita mendapat kereddaanya di dunia dan juga akhirat amin….
nak mengharap umno dah lebih 50 th memimpin Negara, jawapan di tangan anda? Umno tak perlu ubah. Kami mahu anda rebah ya rebah……

Thursday, March 11, 2010

UMNO SUKA MENGUNGKIT!!!

UMNO SUKA MENGUNGKIT!!!

ORANG UMNO SUKA MENGUNGKIT,

PERANGAI MACAM BUDAK-BUDAK !
UMNO sebenarnya suka mengungkit apa yang mereka sudah buat untuk orang melayu, perangai macam budak-budak ini tidak patut berlaku sekiranya mereka ini matang berfikir sebagai peneraju kuasa di negara ini, mereka sepatutnya sedar bahawa segala kemajuan yang mereka bantu bangsanya itu bukan hasil daripada wang dari poket mereka malah ianya daripada wang rakyat keseluruhannya

Berkatalah UMNO: kami telah buat pembangunan, kami telah majukan bangsa melayu sehingga ada orang melayu yang telah menjadi pakar itu dan ini, kami telah majukan ekonomi orang melayu dengan baik dan berbagai lagi, akan tetapi mereka lupa tanggungjawab mereka itu sebenarnya telah di berikan oleh rakyat sehinggakan mereka dapat memerintah dan mereka sepatutnya faham segala mandat dari rakyat itu sebenarnya di pertanggungjawabkan bukannya mengungkin apa yang mereka buat

Penyakit UMNO apabila ada pembangunan maka mereka buat sepanduk BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, kemudian mereka ungkit balik, bukankah ini di namakan perangai budak-budak ? Andainya UMNO kembali kepada islam maka mereka akan jumpa slogan tanggungjawab tugas KHALIFAH DI MUKA BUMI akan tetapi mereka tidak rajin buka quran dan memahaminya, yang mereka tahu hanya baca, hafal sahaja, menghayatinya jauh sekali, kemudian ungkit sana sini

Seorang bapa atau ibu mahu anaknya dalan keadaan baik serba serbi, babi dalam hutanpun demikian juga yang pandai menyediakan kemudahan untuk anaknya, demikian juga dengan haiwan yang lain kerana itu sudah tanggungjawabnya, takkan manusia lebih teruk daripada haiwan tersebut, UMNO sebenarnya tidak ikhlas melakukan tamadun bangsanya kerana mereka sangka semua itu dari aset mereka secara total, ini bangang namanya dan sekarang rakyat sudah tahu kelemahan UMNO

UMNO suka menagih budi yang di taburnya, sementara rakyat tidak suka budi di tagih sebab seolah-olah rakyat berhutang pula dengan UMNO, apabila berlaku tagih menagih maka terlupalah mereka dengan perkara tanggungjawab dan amanah yang di berikan kepada mereka untuk di laksanakan inilah perkara asas untuk mereka yang di berikan amanah, sementara perkara cabang ia hanya kebajikan subsidi belaka, jika ada bersyukur, jika tiada tidak mengapa kerana itu perkara kecil sahaja, namun jika perkara kecilpun di ungkit, buruk siku namanya

Sekarang UMNO sudah pandai menagih budi ketika dia dalam kecemasan, sementara rakyat nampak yang di tagih itu kerana UMNO telah melakukan khianat terhadap rakyat, lalu rakyat tidak mahu lagi membalas budi sebab UMNO telah banyak melakukan tidak adil di samping melakukan buruk moral menyebabkan rakyat terpalit dengan krisis moral di sebabkan ada di antara mereka hilang pertimbangan terhadap orang ramai, kerana itu budi yang di tagih mesti di tolak, dan mereka boleh baca diri sendiri di mana silap mereka

Anak-anak yang merajuk adalah kerana emak dan bapa mereka tidak berlaku adil kepada anak-anaknya, lalu anak-anak itu tidak mahu membalas budi orang tuannya, demikianlah juga dengan pemerintah dan mereka boleh jawab sendirilah hal tersebut, apa yang kita lihat nasi sudah menjadi bubur dan tidak mungkin bubur akan menjadi nasi balik...

MINTAK IZIN..

sumber dari pakkaramu...

Tuesday, February 9, 2010

PUISI NAFSU...

puisi nafsu...

Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap-Mu
Namun Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah tandanya Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi-Mu
Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun Nafsu kami masih inginkan Sayap nyamuk yang sebelah itu.

Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat
Jika Engkau menjawab ia akan bangun
Di kala itu Engkau akan tertawan.

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya ialah dengki dan khianat
Steringnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.

Nafsu adalah sebahagian daripada dirimu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada.

hayatilah puisi tersebut....