Tafsir Al-Quran

Listen to Quran

Friday, October 29, 2010

10 Perkara Membatalkan Syahadah

10 Perkara Membatalkan Syahadah
Secara dasar utama terdapat sepuluh hal yang boleh membatalkan keislaman seseorang.

1. Syirik; (Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

Syirik membawa maksud ‘menyamakan selain-NYA dengan Allah dalam hal-hal yang menjadi kekhususan Allah
Lantaran syirik adalah batil yang paling batil, kezaliman yang paling zalim, maksiat yang paling keji kerana menyamakan makhluk yang bersifat pinjaman dan lemah dengan Khaliq yang maha sempurna dari segala sisi.

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan ) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun” (Al-Maa-idah:72)

2. Menjadikan makhluk tertentu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah; Umpamanya berdoa/memohon syafaat serta bertawakal kepada perantara tersebut. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Berwaspadalah kita dengan hal yang kedua ini. Para ulama bersepakat bahawa hal sedemikian disebut kekufuran. Amatlah bahaya bagi umat Islam yang kekurangan pengetahuan rendah. Seperti meyakini bomoh, meyakini sesama makhluk. Kita dituntut berikhtiar tetapi tidak boleh memutuskan terhadap konsep tauhid. Manusia sendiri terbatas dan yang mengizinkan dan menyembuhkan tetaplah Allah yang maha berkuasa.

Antara Allah dan makhluknya tidak ada perantara, sebab itulah kita boleh sahaja terus berdoa memohon kepadaNYA. Ingatlah barangsiapa yang mengadakan perantara antara dirinya dengan Allah dalam memperoleh manafaat dan menolak mudharat; baik perantara itu berupa malaikat, nabi, kuburan, mahupun yang lainnya, mempersembahkan sembelihan, bertawakal kepada selain-NYA, maka telah jatuh kepada kufur.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik. Begitu pula meragukan kekafiran mereka atau membenarkan pendapat mereka, barangsiapa yang melakukan hal tersebut maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Keislaman seseorang tidak sempurna selama mana dia belum mengkafirkan orang-orang musyrik. Jika ragu dan bimbang atau berkata ”Tidak ada masalah dengan mereka” setelah adanya kejelasan mengenai kekafiran mereka, maka dia termasuk kafir seperti mereka.

Masalah ini kurang diambil perhatian oleh kebanyakan orang yang mengaku bersyahadah. Ada yang terjerumus tanpa disedari. Ada yang tidak mengkafirkan orang yang terjerumus ke dalamnya sehingga dia menjadi sama sepertinya, jika telah dikemukakan hujah kepadanya.

Termasuk kategori membenarkan pendapat mereka, setiap orang yang menilai baik sesuatu yang bertentangan dengan Islam, baik dari Yahudi, Nasrani, Sosialisme, Sekularisme, mahupun kelompok kafir dan sesat lainnya.

4. Berkeyakinan bahawa selain petunjuk Allah melalui Rasulullah saw adalah lebih sempurna. Atau hukum selain hukum Allah lebih baik. Contohnya adalah orang yang lebih mengutamakan hukum taghut daripada hukum yang allah tetapkan maka dia adalah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Perhatikan dan kaji apa yang menimpa orang-orang yang menolak hukum Allah dan Rasul-NYA. Memilih hukum buatan manusia yang penuh kekurangan, segalanya tidak dapat memberi manafaat kepada sirinya sendiri apalagi orang lain, dan tidak juga boleh mencegah mudharat, musibah, siksaan, kekacauan, kezaliman dan ketidakamanan.

5. Membenci sesuatu yang dibawa Rasulullah saw sekalipun dia mengamalkannya. Barangsiapa yang melakukan maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Keadaan ini termasuk dalam satu kemunafikan i’tiqadi (keyakinan). Barangsiapa membenci sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah saw, apalagi membenci Al-Quran, misalnya membenci amal maaruf nahi mungkar, atau membenci orang yang menegakkannya ataupun yang lain yang diperintahkan di dalam Al-Quran dan Hadith, maka dia telah kafir.


6. Mengolok-olok sesuatu dari ajaran Rasulullah saw, pahala atau azab Allah. Orang yang melakukan ini dihukum kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


” Katakanlah ”Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYA, RasulNYA kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu beralasan (minta maaf) kerana kamu telah kafir sesudah beriman..” ( At-Taubah: 65-66)

Melalui Fathul Majiid; Abdurrahman Bin Hasan merakamkan ”Orang yang bercanda dengan hal itu (sesuatu yang disebutkan di dalamnya nama Allah, al-Quran, Rasulullah saw), maka dia telah kafir.

Jangan sekali-kali meremehkan atau membuat bahan lawak atau bergurau dengan apa yang telah menjadi ketetapan Allah dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.



7. Sihir. Di antaranya adalah ash-sharf (guna-guna untuk memalingkan seseorang dari sesuatu) dan al-’athf (guna-guna untuk menarik sesuatu). Barang siapa yang melakukan hal tersebut atau menyetujuinya, maka dia telah kafir. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Dalam bahasa Arab sihir disebut as-sihr, sifatnya terjadi secara rahsia (sembunyi-sembunyi) pada akhir malam.
Ash-sharf – memalingkan seseorang dari apa yang dicintainya.
Al-Athf – berusaha menarik hati seseorang mencintai sesuatu dengan cara syaitan.

Apa pun kaedah yang digunakan dalam kehidupan selama mana menggunakan unsur sihir maka akan membatalkan akidah.

”Dan mereka itu (para tukang sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah (Al-Baqarah; 102)

8. Memberi sokongan dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Siapa sahaja di kalangan orang yang bersyahadah memberi bantuan dan sokongan kepada kaum musyrik untuk melawan kaum muslimin, maka dia telah kafir. Lazimnya lahir dari kemunafikan iaitu lahiriahnya nampak baik, batinnya sangat buruk atau dari orang yang tidak memahami agama dengan sebaik-baiknya.
Justeru timbul di dalam hatinya kedengkian dan permusuhan terhadap kaum muslimin serta kecintaan kepada musuh-musuh Islam.

Hal ini tidak akan terjadi kepada seorang mukmin yang memiliki iman, ilmu, dan kecintaan kepada Islam.

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian orang boleh tidak mengikuti syariat Muhammad saw. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Meyakini perkara di atas, atau sudah tidak memerlukannya lagi atau menyarankan untuk keluar darinya, maka jelas keislaman telah terlepas dari dirinya.

Hal demikian banyak berlaku kepada sufi ekstrim dan yang seangkatan dengannya. Terpedaya dengan tipu muslihat syaitan, yang mana menganggap diri telah sampai kepada tahap ilmu dan ma’rifat untuk keluar dari syariat sehingga semua kewajipan telah gugur darinya. Perbuatan ini jelas kufur dan terkeluara dari ajaran Islam.

Ingatlah kita semua tidak akan lebih daripada Rasulullah saw. Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam kitab ”Wasiat Kerohanian’ ; ”apa yang diharamkan ke atas Muhammad saw maka haramlah ke atas kami, apa yang dihalalkan ke atas Muhammad saw maka halallah ke atas kami kerana kami tidak akan lebih mulia daripada Muhammad saw”

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mahu mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Rabbnya, kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdoa” (As-Sajdah;22)

Yang dimaksudkan berpaling dari agama Allah ialah menolak hal-hal yang wajib bagi setiap orang untuk mempelajari dan mengamalkannya, iaitu mengetahui ushuluddin (poko-pokok agama) dan hal-hal yang harus diketahui oleh setiap muslim.

Banyak orang-orang yang menolak mempelajari hal-hal seputar agama yang diwajibkan bagi mereka dan mengamalkannya, baik secara lahir dan batin. Akibatnya ada yang terjerumus ke dalam syirik besar, kekufuran, kemunafikan, bahkan ditambah dengan hal-hal haram lainnya, sementara dia tidak menyedarinya.

Akhirnya sentiasalah memohon hidayah dan keselamatan di dunia dan akhirat kepada Allah swt bagi diri kita sendiri, keluarga, saudara-saudara, sahabat-sahabat dan semua kaum muslimin. Sesungguhnya kita semua tiada daya dan upaya melainkan segalanya atas keizinanNYA dan hanya milik Allah Yang maha tinggi lagi maha agung.

Monday, October 25, 2010

Sampai bila bahasa Inggeris diagung-agungkan...

Selasa, 2010 Oktober 26.

Hinakah belajar dalam bahasa Melayu?, bertutur dalam bahasa Melayu?, berurusan bisnes dalam bahasa Melayu?..., maka harus di ambil bahasa penjajah untuk dijadikan keutamaan. Biarlah bahasa sendiri berdaulat sebagaimana negara-negara maju amalkan. Jepun, Jerman, Peranchis, China, Korea...semua menggunakan bahasa ibunda. Mereka maju, jauh lebih maju dari kita yang terhegeh-hegeh memuliakan bahasa yang pernah menjajah kita. Pergilah kemana pun terasa elit skit dah begitu berbangga dengan bahasa Inggeris yang fasih...terasa begitu hina bila berbahasa Melayu..
Berita semalam memaparkan TPM Tan Sri Muhyiddin berkata akan mengambil ramai pakar-pakar bahasa Inggeris untuk memantau pengajaran bahasa Inggeris khususnya untuk pelajar tahun satu sekolah rendah di seluruh negara. Adoi...sampai begitu sekali...bukan murah tu...duit negara, duit rakyat yang membayar cukai. TPM berkata lagi bahawa pengambilan pakar itu amat penting bagi pendidikan negara memandangkan usaha perlu diteruskan untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris

.. Seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil bekerja untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah bagi merealisasikan pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.(berapa kosnya setahun?...)

Saturday, October 16, 2010

…..ANGKUHNYA PM 1 MALAYSIA……

Ahad Oktober 17, 2010
Orang Sebelah Sana Tidak Boleh Diharap - Najib
PUTRAJAYA: UMNO yang menerajui pemerintahan negara merupakan parti yang boleh menentukan kesejahteraan rakyat, keharmonian negara dan kejayaan negara Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tidak ada orang lain yang boleh diharapkan untuk melaksanakannya," kata beliau.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata parti alternatif atau dengan jolokan "orang sebelah sana", tidak boleh diharapkan.
"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan? Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana."
Berucap pada Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana di sini hari ini, Perdana Menteri menyatakan rasa hairannya mengapa masih ada pesara dan penjawat awam yang menyokong "orang sebelah sana" itu.
"Kena tengok sikit.. tak betul ni. Mungkin sebab marah pada nyamuk seekor, kelambu dibakar. Ini tidak betul sepatutnya pegawai kerajaan lebih tahu berfikir dan rasional bahawasanya hanya UMNO sahaja boleh menentukan survival kita."
"Yang lain tak boleh..tak boleh. Lihat sahaja mesyuarat (pemilihan) mereka sekarang. Libang libu. Berlaku macam-macam. Benjol, terseliuh, patah tangan," kata beliau.
Najib berkata, hakikatnya tidak ada gabungan dalam parti "orang sebelah sana" itu.
"Akadnya berasingan dan ianya hanya sandiwara politik sahaja kerana hendak sangat duduk di sini...hendak duduk jadi penghuni Kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. (Kerana itu ia) sanggup melakukan apa saja, menggadaikan maruah kepentingan bangsa asalkan dapat duduk di sini."
"Apakah ini? Ini adalah akibat kerana hendak sangat. Ia bahaya kalau hendak sangat ni. Bila pertimbangan tidak rasional inilah jadinya."
-BERNAMA




warjar kah PM bercakap macam tu..... sombong macam syitan!!!!